Biasiswa Islamic Development Bank (IsDB) – IsDB Merit Scholarship

Ini berita baik. Biasiswa Islamic Development Bank (IsDB Merit Scholarship) kini dibuka kepada yang berminat dan layak untuk memohon.

Kalau ada hajat nak sambung studies ke peringkat lebih tinggi lagi, mungkin elok cuba apply scholarship nie.

Tak salah mencuba, mana tahu reziki anda mesti seronok.

Belajar nie kadang-kadang perlu belanja tinggi. Nah.. kalau ada scholarship tak perlulah keluar duit banyak sangat untuk sambung study.

Di bawah ada sedikit maklumat ringkas mengenai scholarship nie.

Tajaan biasiswa IsDB

Islamic Development Bank (IsDB) telah membuka pelawaan untuk permohonan Program Biasiswa – IsDB Merit Scholarship Program for High Technology (MSP) bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Kedoktoran (Ph.D) dan Penyelidikan Pasca Kedoktoran

(Postdoctoral Research) yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan bagi tahun akademik 2023/2024.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2023.

Kalau nak informasi lebih detail pergilah lawat laman website rasmi penaja biasiswa tu.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan http://isdb.org/scholarships

Kepada yang memohon, all the best!