Syarat & Borang Pelepasan Kebankrapan Online

Kalau telah diistiharkan bankrap mesti banyak masalah. Sudah tentu sebab urusan kewangan anda akan menghadapi banyak masalah dan halangan.

Sebab itu ramai yang risau dan takut bila berhadapan dengan masalah kebankrapan.

Biasanya kita akan diistiharkan bankrap bila mana kita gagal untuk menyelesaikan pinjaman kita dengan bank secara langsai atau gagal membuat pembayaran.

Apapun kerajaan kita hari ini agak prihatin. Anda kini boleh memohon untuk pelepasan kebankrapan.

Inisiatif ini dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akta 360.

Jika anda memenuhi syarat dan layak, anda boleh mengemukakan permohonanan pelepasan kebankrapan mengunakan borang permohonanan yang disediakan.

Borang Pelepasan Kebankrapan online

Download borang Pelepasan Kebankrapan PDF.

Anda juga boleh membaca maklumat lebih terperinci termasuk syarat dan cara memohon di laman portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Semoga inisiatif yang disediakan oleh kerajaan ini anda manfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Marilah bergerak ke arah masyarakat bebas hutang yang kurang perlu.