Cara Sambung Belajar Guna Pengalaman Kerja (APEL)

Adakah anda ingin menyambung pengajian ke peringkat universiti namun tidak memenuhi syarat kemasukan minima dikehendaki oleh pihak universiti?

Berita baik untuk anda kerana kini sesiapa sahaja boleh menyambung pelajaran ke peringkat pengajian Sijil, Diploma, Ijazah, dan Ijazah Sarjana hanya dengan menggunakan pengalaman kerja melalui penilaian APEL.

APEL atau dikenali sebagai Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu, merupakan cara alternatif yang boleh digunakan oleh individu untuk menyambung pelajaran dengan menggunakan pengalaman kerja.

READ: Pengambilan Pelajar Baru MSU Sabah

Cara Sambung Belajar Guna Pengalaman Kerja (APEL)

Artikel kali ini akan memfokuskan maklumat lanjut tentang APEL;

  • Jenis APEL
  • Kriteria Asas
  • Kaedah Penilaian Dan Sebagainya.

Sijil APEL MQA

APEL merupakan sejenis proses sistematik yang mengandungi penilaian pembelajaran menggunakan pengalaman kerja.

Pengalaman ini boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah seperti persekolahan formal, latihan, pekerjaan, hobi, kegiatan sukarelawan dan lain-lain lagi.

Menerusi penilaian APEL, semua individu berpeluang untuk menambahkan tahap pengetahuan serta mendapatkan sijil kelayakan formal seperti Sijil, Dilpoma, Ijazah Sarjana Muda serta Ijazah Sarjana (Master) di pusar pengajian.

Penilaian APEL ini membantu para calon untuk mendapatkan peluang perkerjaan yang lebih baik serta kenaikan pangkat yang diingini dalam sektor perkerjaan masing-masing.

Jenis Sijil APEL

APEL dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu APEL A, Q dan C.

APEL A diperkenalkan bagi membolehkan calon berminat untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

Manakala, APEL C diperkenalkan bagi membolehkan calon memperoleh pengecualian mata perlajaran (pindahan kredit), dengan menggunakan kompilasi pengalaman dalam program akademik yang dijalankan.

Seterusnya, APEL Q pula diperkenalkan bagi tujuan menganugerahkan kelayakan akademik tanpa melalui program pengajian di IPT.

Program APEL Q ini hanya mula dilaksanakan sejak bulan Julai 2021.

Syarat Kelayakan Program APEL A

Berikut merupakan syarat kelayakan umum yang perlu dipenuhi oleh para calon:

  • Calon perlu merupakan warganegara Malaysia.
  • Umur minima bagi calon yang memohon program Sijil, Diploma, Sarjana Mudan serta Sarjana (Master) ialah 19 tahun, 20 tahun, 21 tahun, serta 30 tahun.
  • Calon yang ingin menyambung ke peringkan Ijazah Sarjana sahaja perlu memiliki kelayakan STPM/ Diploma dan kelayakan setaraf.
  • Calon perlu lulus penilaian sijil APEL.

Kaedah Penilain APEL (A)

Terdapat tiga jenis penilaian yang akan diuji bagi calon yang mengambil APEL A.

Antaranya ialah Ujian Aptitud, Protfolio serta sesi temuduga.

Ujian aptitud ini merangkumi 4 aspek utama seperti pengetahuan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik serta pengetahuan am.

Manakala, portfolio ini perlu mengandungi maklumat pengalaman kerja serta perlu mengikut format yang ditetapkan oleh MQA.

Selain itu, sesi temuduga ini hanya dilaksanakan bagi calon memohon untuk Sarjana Mudah, dan calon ini akan ditemuduga oleh 2 panel, untuk 45 minit.

Dua pusat yang dilantik oleh MQA bagi melaksanakan ujian Aptitud, iaitu Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Yuran Pengajian Bagi APEL (A)

Berikut merupakan bayaran yuran yang ditetapkan bagi penilaian APEL A oleh MQA.

  • Sijil/ Diploma- RM 155
  • Ijazah Sarjana Muda: RM 250
  • Ijazah Sarjana: RM 370

Maklumat Tambahan APEL C

APEL C ini diperkenalkan bagi calon yang mempunyai pengalaman kerja atau koleksi kursus berkaitan.

Sijil ini ditawarkan bagi kedua-dua warganegara dan bukan warganegara Malaysia.

Di samping itu, APEL C akan dilaksanakan oleh IPT yang diluluskan oleh pihak MQA dan antara IPT yang melaksanakan APEL C ialah UiTM, OUM, INTI International University serta WOU (Wawasan Open University).

Maksimum pindahan kredit yang boleh dilaksanakan adalah sebanyak 30% daripada jumlah jam kredit bergraduate.

Maklumat Tambahan APEL Q

Penilaian APEL Q akan ditawarkan kepada semua orang, kedua-dua wargnegara dan bukan warganegara Malaysia.

Selain itu, penilaian APEL Q ini akan dinilai berdasarkan beberapa aspek seperti portfolio, lawatan lapangan, kursus Capstone dalam bidang pengajian dimohon serta ujian cabaran.

Kursus Capstone melibatkan hasil pembelajaran program serta menunjukkan bahawa pelajar telah menguasai disiplin teras pengajian mereka.

Kriteria Penganugerahan APEL Q

Berikut merupakan senarai syarat kriteria yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan APEL Q.

  • Calon perlu lulus segala instrumen penilaian: CT (Ujian Cabaran), FVV (Lawatan Lapangan dan Pengesahan), portfolio dan kursus Capstone dengan memperoleh minima 50% skor pada setiap hasil pembelajaran program yang diuji. Calon yang gagal memperoleh skor 50% akan dianggap gagal.
  • Calon perlu mendapatkan PNGK sekurang-kurangnya 2.0 bagi program pra siswazah (Sijil, Diploma, Diploma lanjutan serta Ijazah Sarjana Muda) dan nilai PNGK 3.0 bagi program pasca siswazah (Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran menerusi mod kerja kursus). Selain itu, calon yang mengambil Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran melalui mod Campuran perlu lulus elemen penyelidikan.

Cara Memohon APEL

Semua calon boleh melakukan permohonan secara atas talian di laman web MQA: http://www2.mqa.gov.my/APEL/

Syarat kelayakan serta panduan permohonan turut disertakan dalam laman web ini bagi memudahkan para calon.

Harap sedikit informasi mengenai program APEL ini bermanfaat kepada anda. Kepada yang bercadang untuk mengikuti program ini, kami ucapan All The Best!