Tukar Nama Kereta Tanpa Ke JPJ

Betul ke boleh tukar nama kereta tanpa perlu ke JPJ? Ramai yang dah jadi pemalas atau liat nak pergi berurusan di pejabat JPJ sekarang nie kan.

Tak hairanlah sebab kena ambil masa beratur tunggu giliran.

Mungkin ramai yang sibuk kerja dan kurang memiliki masa terluang untuk pergi berurusan di mana-mana kaunter JPJ.

Sebenarnya tukar nama kereta nie taklah susah mana pun.

Anda boleh baca cara tukar nama kereta di JPJ senang dan mudah untuk maklumat terperinci proses tukar nama kereta.

READ: Permohonan Ganti Lesen Memandu Yang Hilang

Cara tukar nama kereta di JPJ

Tapi… tukar nama kereta tanpa ke JPJ tidak dapat dilakukan.

JPJ memerlukan kedua-dua pemilik asal dan pemilik baru kereta untuk datang ke kaunter JPJ untuk pengesahan cap jari.

Yang ini anda tidak boleh buat online atau wakilkan urusan kepada runner.

Anda sendiri perlu menghadirikan diri ke JPJ.

Cuma pemilik asal dan pemilik baru tidaklah semestinya bersama-sama pada hari yang sama pergi bersama-sama ke kaunter JPJ.

Pemilik asal dan baru boleh pergi mana-mana kaunter cawangan JPJ yang terdekat dengan kediaman masing-masing untuk berbuat demikian.

Hari yang berlainan pun boleh, tak semestinya hari yang sama.

Boleh juga dilakukan untuk tukar nama kereta jarak jauh, maksudnya pemilik asal dan pemilik baru tinggal di lokasi berbeza yang berjauhan.

Baiklah, dah jelas memang tidak boleh tukar nama kereta tanpa pemilik asal dan baru hadir ke JPJ.

Perlu juga untuk urusan pengesahan cap jari pemilik baru dan lama kereta.