Harga Getah Terkini LIGS Semak Secara Online

Ramai yang mengeluh, harga getah semakin turun. Hidup penoreh bergantung kepada jualan getah sudah tentu ianya sangat berkait rapat dengan harga komoditi tersebut.

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) adalah badan yang membeli dan mengawal harga komoditi ini.

Info harga getah di Sabah ini mungkin sentiasa menjadi perhatian utama kepada para penoreh.

Ramai yang sering tertanya-tanya harga terkini getah di Sabah.

Selain anda boleh pergi ke pusat-pusat pengumpulan dan pembelian getah oleh LIGS anda juga boleh semak secara online.

Semakan harga getah harian di Sabah
Photo: Gambar Hiasan

Untuk yang memerlukan informasi terkini harga pembelian getah oleh LIGS sila layari laman website rasmi mereka.

LIGShttp://ligs.gov.my/

Di portal tersebut anda bukan sahaja boleh semak senarai harga pembelian harian getah di Sabah tetapi juga maklumat-maklumat lain seperti notis tender, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dan juga program-program lain yang dianjurkan oleh pihak LIGS.

Harap-harap adalah perubahan penambahbaikan harga getah yang ada sekarang ini.

Kos sara hidup yang semakin tinggi kini semakin menghimpit para petani.

Amat penting kerajaan memandang tinggi keseriusan masalah harga getah yang sangat rendah di Sabah ini untuk membantu para pekebun getah.