Keburukan Kolej Cosmopoint?

Ramai yang mencari maklumat ini, terutamanya para pelajar yang sedang mencari tempat untuk sambung pengajian mereka selepas tamat SPM dan STPM.

Betul ke kolej Cosmopoint ini tak bagus, tipu pelajar?

Jika tidak bagus, apa yang tak bagusnya?

Jika menipu, siapa yang telah tertipu?

Ini soalan yang penting dan wajib anda cari tahu maklumat dan kesahihannya.

Apakah benar Kolej Cosmopoint menipu pelajar?

Kolej Cosmopoint swasta atau kerajaan? Kolej ini adalah swasta, dimiliki oleh agensi pelaburan kerajaan Ekuinas.

Sebenarnya sama ada IPTS atau IPTA bukan ‘perfect’ tetapi IPT-IPT ini semuanya telah sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk para pelajar mereka.

Jika begitu, mengapa ada mengatakan Cosmopoint nie tak bagus? Mungki sebelum jawap soalan ini, kena tanya ribuan bekas pelajar atau graduan Cosmopoint College yang telah berjaya setakat ini.

Apa pula komen mereka. Mesti menarik kerana mereka mungkin berpendapat sebaliknya.

Mereka adalah golongan yang telah menghabiskan pengajian dengan jayanya dan pemikiran mereka sentiasa ke depan dan positif.

Mereka tidak menumpukan perhatian kepada berberapa kelemahan kolej, tetapi mencari cara mengatasinya bersama dengan kolej.

Kebanyakan yang kata Cosmopoint ini tak baik, biasanya yang tak habis pengajiannya di Cosmopoint, berhenti separuh jalan atas masalah-masalah tersendiri.

Mereka rasa tertipu, katanya kolej makan duit pelajar. Part mana yang makan duit pelajar, atau hak pelajar?

Sebelum masuk atau semasa mengisi borang pendaftaran, biasanya pegawai pendaftaran kolej ini menerangkan dengan teliti setiap perincian.

Perincian termasuk jumlah yuran pengajian, cara yuran itu nanti dibiayai tentu sekali bergantung kepada persetujuan dan perbincangan dengan pelajar terlebih dahulu, tempoh pengajian, kos asrama termasuklah anggaran kos sara hidup dan sebagainya.

Tujuannya supaya pelajar itu faham dan pada masa itu terus boleh bertanyakan soalan kepada pegawai yang menguruskan pendaftaran.

Mungkin sekali ada kekeliruan, atau kurang faham selepas itu, maka boleh sahaja bertanya terus kepada pegawai atau lecturer yang bertugas.

Tetapi kebiasaannya, pelajar tidak berbuat demikian dan sering bertanya sesama sendiri dan akhirnya sama-sama terkeliru dengan maklumat salah dan berbeza.

Sering kita dengar keluhan pelajar IPTA merungut, komplen dan sebagainya yang universitinya tidak bagus, makan duit, tidak cekap dan sebagainya.

Sama ada IPTS atau IPTA semuanya ada kelemahannya sendiri tetapi itu tidaklah bermaksud IPT itu bermaksud untuk menipu pelajar atau keburukan itu dibiarkan.

IPT tersebut sebenarnya sedang berusaha keras untuk memperbaiki segala kelemahan.

Paling penting, mustahak dan wajib, anda wajib benar-benar faham segala maklumat yang disampaikan oleh pegawai bertugas sebelum mengisi borang atau meneruskan pendaftaran anda.

Jika belum faham atau was-was, jangalah mendaftar dulu, tanyakan soalan dapatkan kepastian. Mana-mana IPT pun memiliki kelebihan dan kelemahan, wajarlah kita sebagai pelajar belajar untuk menilai, mencari maklumat dan akhirnya membuat keputusan.

Ini berkaitan masa depan anda, keputusan anda hari ini banyak mempengaruhi hidup anda pada masa akan datang.