Permohonan Biasiswa MyBrainSc KPT Online

Biasiswa ini kembali lagi. Kalau layak dan berminat boleh cuba memohon, mungkin reziki anda dan dapat scholarship nie tentu best.

Scholarship ini memang tak asing lagi di Malaysia, dulu pernah ditawarkan untuk pelajar yang berminat dan layak memohon.

Mungkin atas kekangan bajet di pihak kerajaan, biasiswa ini terhenti tawarannya seketika, tapi kini dibuka semula.

Keprihatinan kerajaan mahu melihat anak bangsa maju sebagai pelapis pemimpin masa depan, wajarlah scholarship ini dibuka semula.

Kalau dapat banyak kelebihan biasiswa MyBrainSc nie.

Di bawah ada sedikit informasi tentang biasiswa nie.

Rujuk gambar dan juga kalau nak lebih detail layari laman website rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia dan juga dokumen FAQ.

Permohonan Biasiswa MyBrainSc Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2023.

Peluang Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik).

Permohonan online dibuka mulai 1 April hingga 30 April 2023.

Permohonan Biasiswa MyBrainSc

Apa tunggu lagi mohonlah hari ini, sebelum tarikh tutup.

All the best!