Pas Bulanan My50 Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Ini satu lagi inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang sering menggunakan pengangkutan awam iaitu Pas My50 di Lembah Kelang dan Pas Mutiara di Pulau Pinang.

  • My50 adalah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang.

  • Untuk Pulau Pinang, Pas My50 Mutiara menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid Penang

  • Untuk Kuantan, My50 tidak boleh digunakan untuk servis Rapid Kuantan.

Jika anda warga negara pemegang MyKad atau Kad Tentera anda boleh memohon kemudahan ini.

Syaratnya tak banyak, anda warganegara Malaysia, anda boleh memohon.

Cara memohon pas My50 ada diterangkan di laman portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Cara memohon Pas Bulanan My50

Semua details termasuk syarat kelayakan memohon dan cara memohon ada diterangkan dengan jelas dalam portal tersebut.

Nah, jika anda sering menggunakan pengangkutan awam sekitar kawasan tersebut, jangan lepaskan peluang ini.

Ianya mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak membuat penjimatan.

Terima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin dengan beban kewangan rakyat ketika ini.