Peluang Pekerjaan Diploma Pengurusan Ladang Untuk Graduan

Bila sebut mengenai Diploma Pengurusan Ladang, mesti ramai fikir tentang ada tak peluang kerja selepas tamat pengajian.

Tidak salah untuk anda merasa bimbang, nak ambil pengajian peringkat diploma bukan masa yang sedikit, kos pengajian juga agak tinggi.

Tetapi anda jangan bimbang, sebab semua kursus itu direka khas untuk memenuhi keperluan industri.

Nak tahu apa peluang pekerjaan graduan untuk kursus ini? Baca kerja kosong dalam bidang pengurusan ladang.

Peluang jawatan kosong untuk graduan Diploma Pengurusan Perladangan

Tahukah anda bahawa, negara kita sedang mempertingkatkan kapasiti pengeluaran makanan ekoran pertumbuhan penduduk.

Makin ramai penduduk makin banyak bahan makanan diperlukan ya tak? Betul…dan ini bermakna peluang kerja dalam bidang ini juga cerah.

Keperluan industri pertanian dalam negara kita memerlukan tenaga mahir dan terlatih, dan andalah orangnya.

Oleh itu jangan risau mengenai peluang kerjaya dalam bidang ini. Diploma ini juga memberi anda kemahiran untuk menjadi usahawan dalam bidang pertanian selepas tamat pengajian.

Antara peluang kerja yang boleh anda ceburi ialah;

  • Juruteknologi Makmal (Penternak Tisu)
  • Usahawan Agro Bioteknologi
  • Pengurus/Pengurus Cawangan (Pengurusan Ladang)
  • Penolong Pegawai Pertanian
  • … dan banyak lagi

Peluang kerjaya terbuka luas, jangan tunggu lagi. Ambillah peluang ini untuk masa depan anda.