Permohonan Pengambilan Khas Guru Gred DG41 Secara Online Tahun Ini

Graduan yang berminat untuk memohon jawatan dalam Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau Guru boleh mengemukakan permohonan.

Yang bestnya, permohonan boleh dibuat secara online di https://myspp.spp.gov.my

Pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup.

Kalau lambat, besar kemungkinan permohonan anda tidak akan dilayan.

Demikan menurut hebahan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan.

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Ying berkata, siswazah berminat boleh membuat permohonan mengisi kekosongan itu, terutamanya dalam empat mata pelajaran kritikal iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.

Permohonan pengambilan khas guru secara online

Graduan yang tamat kursus dalam bidang tersebut di atas digalakkan untuk memohon. Nampaknya kita kekurangan guru mahir dalam bidang-bidang itu di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Untuk semakan kelayakan anda boleh baca di sini dan sini.

Maklumat lanjut juga anda boleh baca di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Jika layak dan berminat bolehlah memohon. Manalah tahu reziki kerjaya masa depan anda sebagai guru nanti.

Kepada yang memohon, All the best.