Semak Keputusan SPM Yang Lama Online

Tentu ramai yang pernah mengalami masalah ini, slip atau sijil SPM hilang atau sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Lantas apakah yang wajar anda lakukan jika perkara itu berlaku?

Jangan risau kerana anda tentu sahaja boleh menbuat semakan keputusan SPM yang lama dan juga memohon untuk mendapatkan semula salinan baru.

Cara memohon dapat salinan sijil SPM yang lama

Kalau dulu memang sukar untuk urusan mendapatkan semula salinan sijil SPM yang lama atau hilang.

Kini anda boleh sahaja terus berurusan secara online.

Bagaimana caranya?

Layari laman web yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah.

Laman website rasmi : http://sppat.moe.gov.my/

Nanti dah masuk ke portal tersebut anda cari menu “Sistem Pengurusan Peperiksaan Untuk JPN”

Masuk ke ruangan itu dan ikut sahaja arahan yang ada di sana.

Santai sahaja, tidak perlu terburu-buru kerana kesilapan dan terlepas pandang boleh berlaku jika tergesa-gesa berurusan.

Sekian sahaja, semoga sedikit informasi ini dapat membantu.