Permohonan & Semakan Kelayakan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Online

Ini agak menarik. Mesti ramai yang masih ternanti-nanti respon kerajaan mengenai permintaan orang ramai untuk pengeluaran KWSP selepas musim PKP dan menghadapi masalah kewangan.

Sudah tentu, masalah nak bayar bulanan pinjaman kereta, rumah, pinjaman peribadi dan mungkin juga ada yang terpaksa pinjam along untuk meneruskan hidup.

Kita tidak boleh nak salahkan pencarum jika mereka nak keluarkan KWSP sebab sudah tentu situasi yang memaksa keadaan begitu.

Semua susah sekarang nie, kalau ada bantuan kerajaan ini mungkin boleh membantu sedikit sebanyak.

Baru-baru ini kerajaan ada mengumumkan inisiatif berkenaan KWSP.

Bagi yang berumur antara 40 hingga 50 tahun boleh apply dah.

Hebahan juga telah dibuat. Check sedikit informasi mengenai Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP di bawah.

Pembiayaan Peribadi Kepada Pencarum KWSP

Inisiatif FSA2 bantu pencarum KWSP yang berdepan masalah kewangan sementara, mendapatkan aliran tunai menerusi pembiayaan peribadi.

Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Sebelum memohon sila buat semakan kelayakan dan baca syarat FSA2 di https://fsa2.kwsp.gov.my

Kalau nak buat semakan itu pastikan anda daftar dan aktifkan dulu i-Akaun KWSP anda di mana-mana cawangan KWSP yang terdekat dengan anda.

Kalau dah buat semakan dan layak, bolehlah terus buat permohonan di institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian. Boleh juga rujuk terus dengan pihak bank untuk maklumat lanjut.

Semoga inisiatif ini dapatlah meringankan beban kita rakyat sedikit sebanyak.