Cara Check Saman Polis Trafik Melalui No Plat Kenderaan

Ada pelbagai cara check saman polis trafik melalui no plat kenderaan anda sahaja. Tiada alasan lagi anda tidak mahu bayar saman kerana tidak tahu kenderaan ada saman tertunggak.

Cara check saman polis trafik guna no plat kenderaan

Berikut adalah lima (5) cara untuk semak saman polis trafik guna no plat kendaraan.

  1. Semak Saman di Portal MyEG.
    • Layari portal MyEG
    • Daftar akaun (jadi pengguna berdaftara di MyEG)
    • Pergi ke e-services
    • Masukkan semua maklumat yang diperlukan klik semak dan saman-saman tertunggak anda jika ada akan dipaparkan.
  2. Portal JPJ
    • Layari portal JPJ
    • Masukkan No Plat kenderaan
    • Isikan semua maklumat pengenalan diri yang diperlukan dan klik SEMAK.
    • Saman tertunggak anda akan dipaparkan jika ada.
  3. Portal Rilek
    • Layari portal RILEK
    • Daftar sebagai pengguna
    • Selepas itu Log Masuk menggunakan ID Pengguna
    • Di bahagian menu Search By, klik Semak Saman JPJ atau PDRM
    • Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang SEMAK.
  4. Portal SSO PDRM
    • Layari portal SSO
    • Daftar Akaun sebagai pengguna dan login guna ID Pengguna yang sudah didaftarkan
    • Klik Status Saman untuk membuat semakan saman guba Nombor Plat Kenderaan anda.
  5. Check saman guna SMS
    • Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>No Plat Kenderaan dan hantar ke 15888
      Contoh – POLIS SAMAN BGW1234
    • Taip JPJ<jarak>SAMAN<jarak>No Plat Kenderaan dan hantar ke 15888
      Contoh – JPJ SAMAN BGW 1234

Jika anda memiliki saman tertunggak bolehlah bayar terus di portal-portal terbabit. Anda juga boleh bayar saman di portal atau applikasi mudah alih PDRM yang disediakan iaitu MyBayar Saman.

Anda juga boleh download applikasi MyBayar Saman guna Google Play Store.