Syarat Cuti Tanpa Gaji Kerajaan & Cara Memohon

Ada ketikanya atas sebab-sebab tertentu, kakitangan awam terpaksa memohon Cuti Tanpa Gaji (CTG). Terdapat syarat Cuti Tanpa Gaji kerajaan yang perlu dipatuhi.

Permohonan CTG boleh dibuat melalui ketua jabatan masing-masing.

Contoh Tujuan CTG

Berikut adalah contoh kes atau situasi yang boleh dipertimbangkan untuk permohonan CTG.

  • Mengikut pasangan yang bertugas di luar negara
  • Menjaga anak yang dilahirkan
  • Menjaga anak sakit yang memerlukan penjagaan rapi
  • Menjaga anak OKU
  • Pasangan yang sakit dan memerlukan bantuan penjagaan
  • Berkursus
  • Sakit berlanjutan seperti barah atau kanser

Syarat Permohonan Cuti Tanpa Gaji (CTG)

Berikut adalah syarat permohonan CTG.

  • Bagi urusan persendirian yang mustahak di dalam/luar Malaysia
  • Telah berkhidmat (perkhidmatan yang melayakkan) minimum 6 bulan dan telah menghabiskan cuti rehat yang berkelayakan
  • Baki Cuti Tanpa Gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang melayakkan.
  • Berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan iaitu 30 bagi genap 1 tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari

Sila rujuk Perintah Am 14 Bab ā€˜Cā€™ (1 Januari 1974).

Untuk panduan yang lebih terperinci rujuk Carta Alir Cuti Tanpa Gaji (CTG) PDF.

Permohonan cuti tanpa gaji sebab peribadi misalnya bolehlah dibuat dan kelulusan bergantung kepada pertimbangan ketua jabatan di mana anda bertugas.

Contoh Surat Cuti Tanpa Gaji Kerajaan

Surat permohonan CTG ini tidaklah susah dan tidak memerlukan panjang. Hanya perlu jelaskan jumlah cuti yang dipohon dan juga tujuan ambil CTG.

Di bawah adalah contoh surat permohonan CTG.

Contoh surat permohonan CTG Kerajaan

Tidak semestinya salin bulat-bulat seperti dalam gambar di atas. Yang penting tujuan memohon CTG dan tarikh (jumlah hari) itu jelas dalam surat anda.