Cara Memohon Biasiswa JPA Lepasan SPM Panduan Lengkap

Cara memohon biasiswa JPA untuk pelajar lepasan SPM

Cara memohon biasiswa JPA untuk pelajar lepasan SPM ini penting kepada anda yang mememenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Selepas membuat semakan kelayakan permohonan biasiswa JPA, anda bolehlah ikut cara memohon di bawah.

  • Layari laman website penajaan JPA, hebahan akan dikeluarkan apabila permohonan dibuka.
  • Permohonan dibuat secara online di laman website JPA.
  • Isi semua maklumat (details) yang diperlukan dengan lengkap.
  • Tunggu sehingga keputusan diumumkan. Semakan boleh dibuat secara online.

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa JPA

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon biasiswa JPA.

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

Selain syarat umum di atas, ada juga syarat kelayakan khusus yang pelajar perlu penuhi untuk memohon tajaan JPA.

Anda boleh semak https://docs.jpa.gov.my/docs/pnerbitan/panduan08/bmi/02.pdf panduan lengkap permohonan tajaan yang dikeluarkan oleh pihak JPA.