Bagaimana Cara Check PTPTN Online?

Cara buat semakan status permohonan PTPTN online

Bagaimana cara untuk check status permohonan PTPTN secara online? Pelajar yang sudah memohon untuk pinjaman pendidikan PTPTN boleh membuat semakan melalui online.

Untuk check PTPTN online mudah sahaja. Hanya perlu ikut 3 langkah mudah di bawah.

  1. Layari portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login) dan masukkan nombor MyKAD anda dan juga kata laluan (password) anda.
  2. Masuk ke section SEMAKAN. Selepas login pasti anda akan menemui bahagian semakan.
  3. Status permohonan anda akan dipaparkan untuk makluman anda.

Anda tidak perlu buat akaun baru untuk membuat semakan. Jika anda terlupa password, anda boleh reset semula dengan password baru.

Hubungi careline PTPTN 03-2193 3000 jika anda perlukan bantuan lanjut.