Tarikh Keputusan SPM 2024 Keluar

Tarikh keputusan SPM keluar

Tarikh keputusan SPM 2024 keluar dijangka diumumkan sekitar bulan Jun tahun ini. Keputusan yang akan diumumkan ini adalah result SPM sesi 2023.

Anda boleh semak hebahan yang akan dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di portal rasmi mereka.

Cara Semak Keputusan SPM

Untuk buat semakan result SPM anda boleh guna tiga (3) cara.

  • Online – Semakan secara online boleh dibuat bermula 10 pagi. Anda boleh semak di portal yang akan diaktifkan bermula pada hari tersebut. Untuk buat semakan layari https://myresultspm.moe.gov.my atau https://myresult1.moe.gov.my/ atau https://myresult2.moe.gov.my/
  • SMS – Pilihan semakan result melalui SMS juga disediakan. Untuk membuat semakan anda taip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 15888
  • Melalui Sekolah – Anda boleh pergi ke sekolah asal anda untuk mendapatkan result SPM anda. Seperti biasa Slip Keputusan SPM anda akan diberikan pada hari tersebut bermula pukul 10.00 pagi

Selepas buat semakan result SPM, bolehlah anda mula cari biasiswa untuk sambung pengajian anda.