Kursus Seni Reka Fesyen & Peluang Kerjaya

Bidang fesyen ini adalah bidang yang sentiasa berkembang. Selagi manusia minat berpakaian, makan seni reka fesyen tetap wujud.

Jika anda sedang mencari bidang kerjaya yang membolehkan anda mencuba sesuatu yang mencabar, bidang ini patut menjadi pilihan anda.

Sekarang ini banyak kursus untuk bidang ini.

Ada kursus peringkat sijil, diploma dan juga ijazah. Ianya untuk mewujudkan para profesional dalam bidang ini.

Pernah dengan pereka-pereka feshen seperti Jimmy Choo, Rizalman Ibrahim dan ramai lagi?

Jika anda fikir bidang seni reka fesyen ini sukar untuk cari kerja, anda silap.

Jika anda mahir dalam bidang ini, industri seni reka fesyen banyak tawarkan peluang kerja kepada anda.

Paling menarik, jika anda tidak mahu kerja bergaji, anda boleh tubuhkan perniagaan sendiri.

READ: Syarat Diploma Seni Reka Fesyen IPT & Peluang Pekerjaan

Peluang kerjaya kursus seni reka fesyen di Malaysia

Kalau di Malaysia musim raya biasanya paling sibuk kepada mereka-mereka yang mahir dalam bidang ini.

Sebab itu, kalau anda ada sedikit minat dalam bidang ini, apa kata kembangkan minat itu untuk menjadi kerjaya masa depan anda.

Banyak IPT di Malaysia yang tawarkan kursus dalam bidang ini.

Antaranya UiTM dan banyak IPTS yang tawarkan.

Nah… tunggu apa lagi, ikutilah mana-mana kursus berkaitan dengan seni reka fesyen. Pasti anda akhirnya merasa keputusan anda itu tepat dan berbaloi nanti.