Feri Labuan Ke KK Berapa Jam? Baca Info Ini

Ramai yang berhajat naik feri dari Labuan ke KK atau dari KK ke Labuan sering tanya soalan ini.

Tentulah, sebab nak susun jadual perjalanan,aktiviti dan banyak perkara berkaitan dengan perjalanan anda.

So, memang tak hairan mengapa kita nak tahun berapa jam perjalanan naik feri dari Labuan ke Kota Kinabalu.

Jumlah masa perjalanan guna feri dari Labuan ke KK

Feri ke Kota Kinabalu dari Labuan berlepas pada jam 8 pagi dan trip ke-2 berlepas pada pukul 1.30 pm.

Jika anda naik feri jam 8 pagi di Labuan, anda akan sampai ke Kota Kinabalu sekitar jam 11 pagi.

Feri yang bertolak dari Labuan pada jam 1.30 petang pula akan sampai di Kota Kinabalu pada sekitar jam 4.30 petang.

Jika tengok masa tersebut, anda duduk dalam feri sekitar 3 jam sahaja.

Tidaklah lama sangat, lagipun tak boring sebab selalunya mereka akan tayang filem kegemaran anda di TV dalam feri.

Nak beli tiket feri untuk ke destinasi ini, anda boleh berbuat demikian di kaunter tiket feri di Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Anda juga boleh rujuk artikel harga tiket feri Labuan ke Kota Kinabalu untuk maklumat lebih terperinci.

Baiklah, rasanya soalan berapa jam kena duduk dalam feri dari Labuan ke Kota Kinabalu dah terjawap.

Nak tulis panjang-panjang bukan semua gemar membaca ya tak?

Harap sedikit info ini bermanfaat kepada anda.