Berapa Lama Untuk Pos Sijil SPM (Salinan Sijil SPM) Anda?

Tempoh dapatkan salinan sijil SPM melalui pos

Ramai yang menghadapi masalah ini ‘Sijil SPM hilang’ dari simpanan anda. Sudah tentu ini amat menyusahkan jika berlaku dan anda perlukan sijil SPM anda.

Jangan bimbang, jika sijil SPM anda hilang, anda boleh memohon salian yang baru dari pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Berapa lama untuk pos sijil SPM anda?

Ini soalan yang baik. Sudah tentu perlu masa. Buka mohon salinan hari ini terus dapat.

Permohonan untuk dapatkan salinan melalui pos mestilah disertakan dengan Wang Pos, Kiriman Wang atau Bank Draf atas nama ‘Pengarah Peperiksaan’

Permohonan anda aka diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja, tidak termasuk waktu perjalanan pos sampai ke tempat anda.

Pastikan permohonan lengkap, jika tidak permohonan anda tidak akan diproses.

Alamatkan permohonan mendapatkan salinan sijil SPM anda kepada;

PENGARAH PEPERIKSAAN
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 10, Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
(UP: UNIT KECIL SIJIL)

Untuk maklumat lebih terperinci anda boleh hubungi mereka melalui telefon di talian 03-88843526/3528