Cara Check PTPTN Blacklist Immigration Online

cara buat semakan blacklist PTPTN di Imigresen

Jika anda ada buat pinjaman PTPTN tetapi belum pernah membayarnya atau pura-pura lupa mengenai pinjaman anda, besar kemungkinan anda akan di ‘Blacklist’ di Immigration (Imigresen).

Ini bermakna anda tidak akan dapat keluar negara. Cara check PTPTN blacklist (senarai hitam) immigration ini penting.

Jadi sebelum apa-apa urusan berkenaan keluar negara baik anda check dulu jika anda ada disenarai hitam oleh PTPTN.

Cara semak senang sahaja. Ikut dua (2) langkah mudah di bawah.

Semakan Senarai Hitam Imigresen Online

Pihak Imigresen ada buat portal khas untuk memudahkan anda membuat semakan. Ikuti 2 langkah mudah di bawah.

  1. Layari Check Status Perjalanan Imigresen
  2. Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) di ruangan yang disediakan dan click “SEMAK

Jika anda tidak disenarai hitam, perkataan ‘TIADA HALANGAN‘ akan dipaparkan.

Sila rujuk gambar di atas.