Karnival Jom Masuk U Jadual & Lokasi Untuk Tahun Ini

Jadual karnival pendidikan tinggi negara atau lebih dikenali dengan nama ‘Jom Masuk U’ bakal diadakan lagi tahun ini.

Sebenarnya setiap tahun pun ada, tarikh dan tempat sahaja yang kadang berbeza-beza setiap tahun.

Untuk apa karnival ini diadakan?

Besar tujuannya. Di karnival itu nanti semua IPT akan dijemput untuk turut serta mengadakan pameran IPT masing-masing.

Pegawai dari IPT yang mengambil bahagian akan berada di kaunter pameran masing-masing untuk memberi penerangan, taklimat dan pelbagai informasi.

Informasi mengenai kursus-kursus yang ditawarkan, peluang tajaan dan juga pinjaman pendidikan, peluang kerjaya selepas tamatkan pengajian dan pelbagai maklumat berkaitan pendidikan boleh anda dapatkan semasa karnival itu nanti.

Pendek kata karnival ini menghimpunkan semua IPT sama ata IPTA mahupun IPTS untuk berkumpul di satu tempat atau ruang untuk orang ramai.

So, nanti akan ada banyak universities dan colleges yang akan mengadakan pameran mengenai IPT masing-masing pada hari tersebut.

Nak cara scholarships pun ada peluang masa hari tersebut.

Anda boleh melawat setiap kaunter IPT yang anda minat untuk mendapatkan maklumat.

Ini adalah peluang baik untuk para pelajar.

Tahun 2023 ini jadual karnival ini telah dikeluarkan. Check gambar poster hebahan di bawah untuk jadual dan lokasi karnival Jom Masuk U tahun ini.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara Jom Masuk U

Anda juga boleh semak maklumat lanjut di laman Facebook Rasmi MOHE atau hubungi mereka di talian 03–8684 2363 untuk maklumat lanjut.

Jangan sia-siakan peluang ini, dapatlah ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara yang terdekat dengan anda.

Maklumat yang mencukupi memudahkan anda mengambil keputusan mengenai kursus, biasiswa dan IPT yang ingin anda mohon untuk sambung pengajian anda.

All the best!