Syarat Permohonan TESP Mara Online

Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) Mara kini dibuka lagi untuk tahun ini.

Pelajar yang berminat boleh memohon melalui online.

Sebelum memohon anda dinasihatkan untuk membaca dengan teliti syarat permohonan TESP untuk mengurangkan kesilapan semasa membuat permohonan nanti.

TESP ini ditawarkan untuk pelajar lepasan asasi / STPM / STAM dan Diploma yang mendapat tawaran pengajian peringkat ijazah pertama.

Tawaran ini hanya untuk bidang kursus dan dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi tempatan sahaja.

Ianya juga dibuka untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama.

Syarat dan cara memohon boleh anda baca di laman website rasmi TESP di https://educationloan.mara.gov.my

Syarat permohonan TESP online

Memohonlah sebelum tarikh tutup. Rujuk gambar di atas untuk maklumat lanjut.

Kepada yang memohon kami ucapakan semoga berjaya!