Syarat Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Yang Perlu Anda Tahu!

Ramai juga yang berminat untuk masuk ke Kolej Vokasional, terutama pelajar yang lebih berminat untuk menceburkan diri belajar bidang kemahiran.

Perlu anda tahu, trend majikan sekarang ini lebih mementingkan bakal pekerja yang berkemahiran dengan kerja yang berkaitan dan tertentu.

Malah kajian menunjukkan 97% graduan Kolej Vokasional (KV) mudah mendapat kerja selepas menamatkan pengajian mereka.

Syarat kemasukan permohonan ke Kolej Vokasional (KV)

Untuk masuk ke KV ada syarat-syarat tertentu yang perlu anda penuhi.

Ini penting untuk anda ketahui sebelum memohon.

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional

Pemilihan kemasukan murid ke KV/SMT bergantung kepada syarat-syarat umum dan khusus yang telah ditetapkan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid (AJKPM).

Berikut merupakan syarat umumkemasukan murid iaitu :

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun Semasayang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3);
  • Calon sihat tubuh badan;
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA;
  • Calon bebas daripada masalah mental; dan
  • Calon berminat dengan program dipohon

Jika memenuhi semua syarat-syarat di atas dan anda memang berminat dengan kursus kemahiran pilihan anda, bolehlah anda memohon.

Keburukan Kolej Vokasional

Perkara keburukan Kolej Vokasional ini susah nak bahaskan. Sebab ini berkaitan dengan peribadi pelajar dan matlamat atau tujuan kita memasuki KV.

Jika memang berminat dengan kursus yang dipilih dan kemahiran, anda tidak akan terfikirkan mengenai keburukan, sebab semua ada di KV.

Jika anda tidak berminat dengan bidang kursus dan kemahiran yang anda ikuti, anda akan sentiasa tercari-cari dan fokus kepada perkara negitif sepanjang pengajian dan selepas tamat pengajian.

Tahukah anda bahawa di Kolej Vokasional, ramai pelajar yg kecundang tengah jalan sebab tak minat dan tak rajin. Sebab:

  1. Bila tak minat, jadi malas.
  2. Bila malas, kerja tidak siap dan bertangguh, serta tak boleh nak catch up.
  3. Bila kerja tidak siap, markah PB (Pentaksiran Berterusan, 70% utk matapelajaran vokasional, 30% utk matapelajaran akademik) rendah. Bila tak mencapai tahap minimum, gagal PB. Gagal PB, banyak membuang masa dan tidak fokus.

Maka keburukan itu bukanlah dari KV tetapi kebanyakannya berpunca dari diri sendiri.

Permohonan Kolej Vokasional

Selepas berfikir panjang mengenai hala tuju kerjaya masa depan dan memutuskan untuk memasuki kursus kemahiran di KV, bolehlah anda mendaftar.

Permohonan dibuat secara online dengan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my setelah iklan disiarkan dalam akhbar-akhbar terpilih.

Kepada yang mengikuti kursus di KV, kami ucapan semoga berjaya.