Syarat Biasiswa Mara Ke Luar Negara Yang Perlu Anda Tahu

Pasti jika berpeluang atau diberi peluang ramai tak yang nak sambung pengajian ke luar negara? Sudah tentu, siapa yang tak nak sambung belajar mengejar cita-cita dan impian dalam masa yang sama berpeluang mengalami kehidupan di negara lain.

Lebih lagi jika ke negara Eropah, US, Australia dan New Zealand.

READ: Biasiswa Bank Negara Malaysia Lepasan SPM

Syarat tajaan biasiswa Mara ke luar negara

Walau mahal belanja, tetapi pengalaman hidup dan taraf universiti di sana tentu tinggi.

Tidak bermaksud, universiti tempatan itu tak tinggi. Tapi kalau tengok ranking, memang kebanyakan universiti sana berada pada rangking lebih atas.

Na, kalau ada peluang biasiswa kenapa tidak. Biasanya Mara ada menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran boleh ubah.

Maksudnya anda boleh memohon pinjaman pendidikan dari Mara itu kepada biasiswa jika prestasi pengajian anda semasa di luar negara cemerlang nanti.

Yang pentingnya anda memenuhi syarat biasiswa Mara untuk pengajian ke luar negara. Syarat yang bagaimana?

Pihak Mara ada menyediakan dokumen yang boleh anda baca online mengenai syarat-syaratnya.

Anda boleh baca Garis Panduan Pinjaman Pelajaran Mara

Ini adalah usaha dari pihak Mara agensi milik kerajaan untuk menyediakan tenaga profesional untuk negara pada masa akan datang.

Jika anda orangnya, jangan lupa menyumbang kepakaran anda kepada negara pada selepas habis pengajian nanti.

All the best!