MSU Sabah Program List & Fees

Berminat untuk masuk ke Management & Science University (MSU) cawangan Sabah? IPT ini sangat terkenal dan telah mengeluarkan ramai pelajar yang telah berjaya dalam kerjaya mereka.

Yang menariknya, MSU cawangan Sabah terletak di Kota Kinabalu. Jika anda orang Sabah inilah peluang sambung belajar di IPT yang terkenal ini dan dekat dengan kampung halaman anda.

Hujung minggu masa tiada kelas, boleh balik kampung. Seronok tak begitu?

Maksudnya kos belajar juga agak rendah berbanding anda pilih IPT di Semenanjung. Nak kena beli tiket kapal terbang lagi, itu ini banyak perbelanjaan terpaksa di tanggung.

READ: Cosmopoint Sabah

Senarai program dan fees di MSU Sabah
Photo: MSU Sabah

Senarai Program Atau Kursus MSU Sabah

MSU Sabah menawarkan banyak kursus bermula dari peringkat kursus jangka pendek, Sijil, Diploma hinggalah peringkat Sarjana Muda,

Semua ada.

A. Bachelor/Sarjana Muda

  • Bachelor in International Business (Hons) in Collaboration with MSU JPT/BPP (R2/340/6/0426) 08/22

B. Diploma

  • Diploma Pengurusan JPT/BBP (R2/345/4/0802) 11/25
  • Diploma Perakaunan JPT/BPP (R/344/4/0226) 12/24
  • Diploma Pengurusan Pelancongan JPT/BPP (R2/812/4/0033) 07/26
  • Diploma Seni Kulinari JPT/BBP (R2/811/4/0379) 08/23
  • Diploma Pengurusan Hotel JPT/BPP (R/811/4/0016) 02/23
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik JPT/BPP (R2/523/4/0026) 01/25
  • Diploma Rekabentuk Grafik JPT/BPP (R2/213/4/0339) 09/23
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan JPT/BBP (R2/725/4/0040) 03/25

C. Sijil

  • Sijil Operasi Pelancongan JPT/BPP (R2/812/3/0082) 03/25
  • Sijil Sains Kesihatan JPT/BPP (R2/720/3/0060) 03/25

D. Kursus Pendek

  • Patisserie Technique Essentials
  • International Cuisine
  • Basic Digital Photography
  • Photoshop

Program Fees

Bercerita mengenai program fees atau yuran pengajian pula anda boleh berhubung terus dengan pihak pendaftaran atau pengurusan Kolej MSU cawangan Sabah.

Kampus mereka tidaklah jauh. Ianya terletak di Aeropod Commercial Square.

Telefon mereka untuk dapatkan infomasi mengenai yuran kursus dan yang berkaitan jika berminat nak sambung pengajian di IPT tersebut.

Gunakan maklumat address dan contact number MSU Kota Kinabalu di bawah.

MSU College Sabah
Lot C-01-01, Parcel No. C-01, Aeropod Commercial Square
Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-221977
Fax : 088-241416

Kepada anda yang berminat sambung belajar di MSU Kota Kinabalu, kami mengucapkan semoga berjaya dalam pengajian anda!