TikTok Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) @kempendidikan

Nampak gaya, kerajaan kini semakin aktif mengambil inisiatif dan pelbagai usaha dalam urusan penyampaian maklumat terkini dan terperinci kepada umum.

Baru-baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada melancarkan saluran TikTok mereka.

Maksudnya, untuk mendapatkan maklumat terkini, anda boleh melayari atau melawat laman TikTok KPM di @kempendidikan.

Mungkin penggunaan TikTok ini lebih baik kerana ada masanya ilustrasi bergambar dan video lebih mudah difahami dan dibuat dalam menyampaikan informasi berkait pendidikan terkini di Malaysia.

TikTok Kementerian Pendidikan Malaysia @kempendidikan

Anda boleh layari link @kempendidikan untuk follow: https://www.tiktok.com/@kempendidikan

Nanti selepas ini bolehlah follow TikTok KPM untuk sentiasa menjadi orang pertama mendapat tahu informasi terkini.

Kalau belum follow, buatlah hari ini jika anda ada akaun TikTok.

Terima kasih KPM atas usaha ini.